« Home

Bila polis datang rumah...

Pintu diketuk berulang kali...

Aku tanya, "Siapa tu??" Tiada jawapan. Aku tanya lagi, "Who is it?" Tiada jawapan. Pintu diketuk lagi. Kasar bunyinya. Hatiku menggelabah. "Takkan budak-budak buat prank lagi?"

Bergegas Anum dan aku mencapai tudung. Yang lain sedang menjamu selera utk dinner petang tu. "Hold on please!"

Pintu dikuak. Tercegat di depan daun pintu seorang anggota polis wanita. Tersenyum manis.

"Uish, dia ni ke yang ganas sangat ketuk pintu tadi," getus hatiku. Aku segera mengetahui maksud kedatangannya.

"Maaf ye mengganggu. Saya ada beberapa soalan hendak ditanya," dia memulakan bicara.

"Maaf juga sebab buat awak menunggu," kata Anum.

"Erm...saya nak tanya tentang dua jiran cik berdua ni. Ada nampak apa2 aktiviti kurang sihat berlaku di dua buah rumah ni?" tanya polis wanita itu lagi.

"Kalau tak silap rumah pertama tu dah kosong lebih kurang dalam 2 minggu lepas. Kami syak rumah sebelah ni macam ada something going on."

"Maksud cik berdua?"

"Hampir setiap malam ada sahaja orang yang bertandang ke rumah mereka. Nama "**y**"lah yang sering dipanggil." (nama **y** ni pernah menjadi topik hangat di rumah kami, dulu rasa lawak, tapi sekarang...ermm...)

"Cik berdua tahu berapa orang yang tinggal di rumah sebelah ni?"

"Erm..kami tak pasti. Kebanyakannya lelaki. Kami sebenarnya medical students. Jadi jarang sangat berada di rumah. Selalunya attach di luar Belfast."

"Ada apa2 lagi kejadian yang berlaku?"

"Pernah sekali housemate saya ditanya beberapa budak nakal...'ada jual dadah?' Terkejut housemate saya tu. 'Tak ada, awak silap rumah kot.' Mereka kemudiannya ke rumah sebelah. Di situlah tempat yang mereka cari."

"Saya ada mendapat laporan seorang lelaki berkulit hitam memiliki sejumlah wang yang banyak. Sebab itu saya ingin mendapat sebanyak mungkin maklumat."

"Kami perasan yang mereka dah beli kereta mini baru." Aku tak pasti relevan atau tidak kenyataan ni, tapi hatiku meronta-ronta untuk meluahkan. Geram.

Anggota polis tersenyum, "Mungkin hasil jualan dadah mereka. Oklah, terima kasih kepada cik berdua. Rumah sebelah ni ada orang tak?"

"Mungkin ada. Mereka ni students kalau tak silap kami."

Dia berlalu. Dalam hati aku banyak2 mengucap. Takut apa yang dikata tadi tersilap. Atau takut apa2 terjadi pula kepada kami. Na'uzubillah...Tapi dari satu sudut, rasa lega juga. Harap mereka ni semua keluar dari rumah tersebut. Tak sanggup dah berjiran dengan penjual dadah. But everyone is innocent until proven guilty, right? Erm..entahlah...

the story

  • I'm Fadzliana
  • From
  • im a student for life
My profile

Previous posts